Monday, February 9, 2009

BOIKOT!!

Salam..... pe kabar sumer? Pasti tgh bersenang - lenang di rumah .. kerana cuti yang panjang minggu ni.. tapi aku kena datang opis.. ada kije.. huhuhu.. arini aku nak bercerita pasal boikot memboikot yang dilancarkan oleh sesetengah pihak terutama NGO's dalam usaha untuk menentang dan memerangi perang yang dilakukan oleh rejim zionis Israel yang mendapat sokongan dari US... Kita sedia maklum.. bahawa US banyak membantu negara Yahudi itu dari segi kewangan dan dan bantuan ketenteraan, oleh itu apa yang sekadar termampu kita lakukan hanyalah memboikot.. namun apa yang pasti di sini.. pihak2 tertentu ini hanya mensasarkan kepada barangan keluaran US atau produk makanan/perkhidmatan yang ditawarkan oleh US dan sekutu Yahudi.. namun jika kita lebih kembali dari segi ekonomi tempatan, ianya hanya akan menyebabkan kewangan dan ekonomi rakyat tempatan yang bekerja dengan syarikat2 dari US ini, kenapa kita tidak memboikot atau memanggil pulang para pelajar yang sedang menuntut di US? Tempatkan sahaja pelajar2 ini di universiti tempatan, dan kita tamatkan program menghantar pelajar di US, cara boikot begini rasanya lebih adil kerana yang akan terasa hanya di pihak US sahaja... dan ini akan menjimatkan perbelanjaan negara, terutama dalam menghadapi masalah kewangan global sekarang.

No comments: