Friday, August 21, 2009

Ramadan Datang Lagi....


Alhamdullillah..Ramadan yang dirindui kembali lagi.. alhamdullillah kerana masih diberi kesempatan untuk bersama menikmati keindahan ramadan dan mengambil kesempatan untuk mendapatkan keberkatan Allah swt.. walaupun kemeriahan ramadan bagiku tidak lagi semeriah dulu(sejak perginya ayahanda pada tanggal 5 Ramadan tahun lalu)namun ku tabahkan hati jua untuk menadah dan memohon rahmat dari Allah swt agar aku, ibu ,isteri dan kaum keluarga mendapat rahmat sebanyaknya di bulan mulia ini.

Diharap agar aku dapat melipatgandakan amalan di bulan ramadan kali ini... insyallah..

Thursday, August 6, 2009

KAMI


Salam pagi .. semalam aku menonton sebuah filem lama tahun 1982 'Kami' lakonan Allahyarham Datuk Sudirman dan Zul Zamanhuri ... filem ini ringkas tapi cukup memberi pengertian tentang sifat kasih sayang sesama insan, kisah perjuangan untuk mencari rezeki hidup dengan cara halal, kisah kepahitan hidup selepas kehilangan orang tersayang... ianya cukup memberi kesan kepada naluri kita sebagai manusia.. syabas kepada penerbit dan pengarah filem ini, Patrick Teoh yang telah berjaya menggarap sebuah filem hebat dan penuh emosi walau hanya menggunakan 2 pelakon utama sahaja...

Thursday, July 23, 2009

Renungan


Sekadar renungan


Adakala kesalahan itu membuatkan seseorang itu membaiki diri.
Tidak pernah bersalah itu boleh mendatangkan sombong diri
Itu lah dia satu kesilapan yang tidak disedari.

Tawadhuk bukan bererti lemah.
Tegas bukan bererti kasar,
Beralah bukan bererti kalah,
Kalah bukan bererti salah
Menang bukan bererti benar


Jati diri hendaklah dikesakan,

Tawa pada kegembiraan insan,

Sedih pada naluri kemanusiaan,

Hakikat diri .. manusia adalah khalifah di bumi Allah

Friday, July 17, 2009

Renungan



1.Bismillahhirrahma nnirrahim : pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.Alhamdulliah : pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.Astagfirrullah : jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.Insyaallah : jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.Lahaulawalaquatai llahbillah : bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.Innalillah : jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.Laailaahaillallah : bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanla h selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

Wednesday, July 15, 2009

Salam pagi...

Assalammualaikum... pagi yang dingin...mula2 baca suratkhabar online... terpampang ..PAS menang tipis di Manek Urai dengan hanya 65 undi.. jelas provokasi UMNO dan perbalahan dalam PAS telah berjaya membuatkan rakyat Kelantan berpaling arah.. sesuatu yang mungkin akan membuatkan pentadbiran baru PM tersenyum ceria... apa pun keputusan di Manek Urai membuktikan rakyat mahukan perpaduan dan kesatuan yang kukuh di antara orang melayu di malaysia... kita tidak mahu bangsa kita berpecah belah hanya kerana dasar politik yang berbeza ... oleh itu kembalilah bersatu ..demi perpaduan melayu yang sejati...

Thursday, July 2, 2009

Dah Kawin!!




Tanggal 29 Mei 2009 yang lalu... pada hari Jumaat jam 11.30 pagi bertempat di Masjid Nurul Iman, Nibong Tebal.. aku menamatkan zaman bujang dengan isteriku, Noorelly bt Mohd Shahimi.. alhamdullillah dengan sekali lafza berakhirlah status teruna yang telah lama disimpan dan dijagai sebaiknya.... Semoga perkahwinanku ini akan kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa diberkati ..walau apa jua dugaan akan kami tempuhi dengan penuh kesabaran dan mengharapkan keredhaan Allah swt,

Friday, May 8, 2009

Selamat Hari Pekerja


Salam.. lama dah x tulis.. huhuhu..bzz almaklumlahh dekat2 nak kawin ni.. huhuhuu.. last week ari sabtu join perhimpunan hari pekerja peringkat kebangsaan kat Stadium Putra Bukit Jalil (ehem..bzz pun sempat join lagi)... so adalah beberapa gambar yang dapat di'candid'kan ..